Selasa, 29 September 2009
Shukaku Berekor Satu
Shukaku Berekor Satu - (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
Gaara - Jinchūriki kepada Shukaku
Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku") atau Shukaku Negara Pasir (砂の守鶴, "Suna no Shukaku") adalah haiwan syaitan yang menyerupai tanuki yang mampu mengawal pasir dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Gaara dari Sunagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tanuki
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Gaara dan dua orang ninja Suna
* Kebolehan: Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"), Pertahanan Mutlak Pasir (砂の盾, "Suna no Tate")
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tanuki, (狸) adalah sejenis spesis anjing (menyerupai rupa seekor musang) yang boleh dijumpai di Jepun. Tanuki sangat popular oleh kerana sikap semulajadinya dan kebolehannya untuk berubah bentuk (meniru bentuk sesuatu) selain membawa tuah. Terdapat beberapa bentuk jalan cerita mengenai tanuki. Salah satu daripadanya ialah dongeng Bunbuku Chagama, di mana tanuki telah dikurung di dalam sebuah kendi dan dimasukkan ke dalam tubuh hos pertama. Di dalam siri Naruto, dinyatakan bahawa bukan hanya satu hos telah disatukan dengan Shukaku. Sesetengah dongeng mengatakan cerita mengenai seorang sami telah dikurung dalam kendi (sebenarnya adalah tanuki yang sedang menyamar) dan ini dapat dikaitkan dengan siri Naruto di mana; pernah dinyatakan dalam bahagian awal siri ini bahawa Shukaku adalah seorang sami dari kampung pasir yang telah terpesong. Ada yang mengatakan bahawa Shukaku sebenarnya adalah terbentuk daripada roh atau jiwa seorang sami dari Sunagakure yang telah bertukar jahat. Namun, pada hakikatnya ia hanyalah "Makhluk Syaitan Berekor Satu". Pada asalnya, ia telah dikurung di dalam sebuah kendi besar dan kemudian telah disatukan dengan seorang korban manusia. Apabila Karura, iaitu isteri kepada Kazekage Keempat sedang mengandung, beliau telah mengarahkan Chiyo, untuk melakukan upacara menyatukan Shukaku dengan Gaara yang masih di dalam kandungan. Tetapi, dengan syarat ianya mesti dikeluarkan daripada badan korban manusia yang sebelumnya. Sebelum mengalami kematian akibat melahirkan Gaara, Karura telah menyumpah semua penduduk Sunagakure termasuklah suaminya iaitu Kazekage Keempat di atas apa yang mereka lakukan.
Semasa terlibat dengan cubaan menakluki Konoha, Gaara telah bertukar kepada "bentuk lengkap Shukaku" ketika sedang bertarung dengan Naruto Uzumaki, yang kemudiannya menyeru Gamabunta untuk membantunya. Apabila Gaara muncul dan mendedahkan dirinya di atas kepala Shukaku untuk menggunakan Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu"), Shukaku telah dapat menguasai tubuhnya dengan bebas dan bertarung dengan Naruto dan Gamabunta. Kuasa yang digunakan oleh Shukaku ternyata terlalu kuat untuk ditangani oleh Gamabunta. Lalu, kedua-dua Naruto dan Gambunta menggunakan Teknik Gabungan (コンビ変化, "Konbi Henge") lalu bertukar rupa menjadi bentuk Kyūbi. Ini membolehkan Gamabunta untuk menangkap Shukaku, lalu membolehkan Naruto menyerang Gaara dengan tujuan untuk membangunkannya daripada tidur agar "Teknik Tidur Paksaan" akan terbatal. Apabila Gaara terjaga, didapati kuasa Shukaku semakin berkurangan lalu hilang.
Di dalam siri Naruto: Shippūden, Deidara telah diberikan tugas untuk menangkap Gaara oleh Akatsuki bersama dengan Sasori. Apabila menewaskan Gaara dalam satu pertarungan, Deidara pun membawanya ke tempat persembunyian Akatsuki. Di situ, Shukaku telah dipaksa keluar daripada tubuh Gaara menggunakan satu teknik kuncian larangan, Teknik Kuncian Khas (封印術, "Fūinjutsu") yang dipanggil Teknik Kuncian Naga Berkepala Sembilan (封印術・幻龍九封尽,"Genryū Kyū Fūjin"), kemudiannya mengakibatkan kematian Gaara. Namun, Gaara telah berjaya diselamatkan dengan bantuan oleh Chiyo dan ninja-ninja daripada Konoha; Kumpulan Kakashi dan Kumpulan Gai). Namun, ianya sudah terlambat kerana Gaara telah mati akibat daripada Shukaku yang telah dikeluarkan daripada badannya. Chiyo kemudiannya telah menggunakan satu teknik larangan iaitu Teknik Hidup Semula (己生転生, "Kishō Tensei") untuk menghidupkan semula Gaara. Keupayaan Gaara untuk memanipulasi pasir menggunakan chakranya masih dapat dilihat namun tidak diketahui sama ada keupayaannya (terkini) sama dengan keupayaannya ketika Gaara masih memiliki Shukaku di dalam badannya.
Sebagai hos kepada Shukaku, Gaara memiliki keupayaan untuk memanipulasikan pasir mengikut kehendaknya dan seringkali dilindungi oleh Pertahanan Pasir (砂の鎧, "Suna no Yoroi") dengan sendirinya (turut berlaku walaupun kecederaan tersebut cuba dilakukan oleh Gaara sendiri). Pasir ini adalah pasir yang terdapat di dalam kendi yang dibawa olehnya. Gaara juga mengalami kesan insomnia sepanjang hayat oleh kerana kesan sampingan akibat menjadi hos kepada Shukaku. Sekiranya tertidur, personaliti Gaara akan dikuasai oleh Shukaku, mengakibatkan Gaara menjadi seorang yang bengis dan sukakan kepada pembunuhan. Shukaku mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan pasir agar dapat melindungi tubuh Gaara daripada kecederaan dan ini berlaku secara automatik. Shukaku sedar bahawa jika Gaara mati, ia juga akan turut mati. Ketika dalam keadaan marah atau dahagakan darah, Gaara boleh menggunakan pasir yang berada di dalam kendi yang dibawanya untuk berubah kepada bentuk "mini-Shukaku" ataupun mencipta salinan raksasa tubuh Shukaku. Hanya ketika Gaara berubah kepada bentuk lengkap Shukaku, dia akan dapat menggunakan element angin yang dimiliki oleh Shukaku seperti; Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"). Gaara juga boleh membiarkan Shukaku mengambil alih "bentuk lengkap Shukaku" yang dicipta oleh Gaara dengan cara berpura-pura "menidurkan" dirinya menggunakan satu teknik khas; Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu").
Shukaku mempunyai kepintaran namun bersikap tidak stabil terutamanya dari segi emosi dan ini sangat tipikal dengan ciri-ciri tanuki di dalam cerita rakyat di Jepun. Perkataan "Shukaku" itu sendiri bermaksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti "makhluk syaitan berekor" yang lain, rasa dahagakan kemusnahan dan memiliki kemarahan yang tinggi mempengaruhi tingkahlakunya; ia akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan matanya. Kadangkala Gaara mempunyai cara untuk mengawal situasi sedemikian, namun kebanyakan ketika Shukaku memaksanya. Oleh kerana Gaara telah disatukan dengan Shukaku sebelum kelahirannya, berkemungkinan keupayaannya sebagai jinchūriki telah bersatu dengan keupayaan asalnya. Namun begitu, adalah tidak dapat dipastikan sama ada kebolehan Gaara untuk memanipulasikan pasir dan elemen angin disebabkan oleh chakranya sendiri atau daripada chakra Shukaku.
Jumat, 25 September 2009
Nekomata Berekor Dua
Nekomata Berekor Dua - (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata")
Yugito Nii - Jinchūriki kepada Nekomata
Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kucing berekor dua yang mampu menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii dari Kumogakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Nekomata
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Yugito Nii
* Kebolehan: Menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kucing adalah spesis haiwan yang biasa dijumpai di dunia dan kisah mengenai bakeneko (化け猫, "Kucing Gergasi") adalah sangat popular di Jepun. Di dalam lagenda,Nekomata (猫俣, "Kucing Hantu") adalah dinyatakan bahawa ianya adalah sejenis kucing yang tersangat tua yang memiliki ekor yang terpisah kepada dua bahagian (yakni mempunyai dua ekor). Mempunyai saiz yang agak besar dan kucing ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan orang yang telah mati serta dikaitkan dengan sejenis api yang pelik. Ini mungkin dapat dikaitkan dengan cerita mengenai ikiryō (生霊, "Kucing hantu") dan kebolehannya untuk emnghasilkan api.
Sebaik sahaja diperkenalkan, Yugito telah ditangkap oleh dua anggota Akatsuki; Hidan dan Kakuzu walaupun pada hakikatnya tidak diketahui siapakah yang telah ditugaskan untuk melakukan penangkapan. Walaupun Yugito memerangkap pihak lawannya di dalam sebuah tempat bertutup (seperti keadaan sebuah pembentungan) dan berubah kepada bentuk "kucing syaitan", dia masih lagi dapat ditewaskan oleh kedua-dua anggota Akatsuki tersebut. Zetsu kemudiannya telah tiba dan membawa Yugito yang mengalami cedera parah ke tempat persembunyian Akatsuki. Yugito kemudiannya mati kerana bijū di dalam badannya telah dikeluarkan.
Sebagai hos kepada "kucing syaitan", Yugito mempunyai kebolehan untuk berubah kepada bentuk "mini-Nekomata" yang kemudiannya memberikannya kekuatan dan keupayaan untuk menyemburkan api dari mulutnya dan seluruh tubuhnya tanpa kehilangan kawalan terhadap tubuhnya sendiri. Nama samaran "kucing syaitan" membawa ingatan kepada keupayaannya untuk memanipulasikan orang yang telah mati.
Sanbi: Syaitan Berekor Tiga
Sanbi; Syaitan Berekor Tiga - (三尾, "Sanbi")
Ninja tidak bernama dari Kirigakure sebagai Jinchūriki kepada Sanbi
Sanbi; Syaitan Berekor Tiga (三尾, "Sanbi") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kura-kura gergasi yang berekor tiga dan tinggal bebas di dalam sebuah tasik tanpa mempunyai hosnya sendiri. Ianya kemudian telah ditangkap oleh Akatsuki.
* Nama: Sanbi; Syaitan Berekor Tiga (三尾, "Sanbi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Kura-kura
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja dari Kirigakure yang tidak diketahui namanya
* Kebolehan: Tidak diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kura-kura selalunya digunakan sebagai rekaan asal kepada raksasa yang tinggal di air dalam dongeng masyarakat Jepun. Rekaan Sanbi oleh pencipta Masashi Kishimoto adalah berdasarkan minatnya terhadap raksasa, yōkai, dan kaijū, lalu mencampurkan pelbagai elemen berlainan daripada jenis-jenis raksasa tersebut untuk menghasilkan ciptaan seekor "kura-kura gergasi" yang mempunyai tiga ekor sakan-akan ekor udang.
Pada masa lepas, Sanbi pernah dimeterai padan seorang ninja dari Kirigakure yang tidak diketahui namanya dan telah dikeluarkan tanpa mempunyai "tujuan" yang jelas dan hidup bebas di sebuah tasik dan dibiarkan tidak bertangkap oleh mana-mana ninja.
Apabila Deidara dan Tobi mencari Sanbi di sebuah tasik, ia kemudiannya memunculkan diri di permukaan tasik dan mula mengejar Tobi. Dengan perhatian Sanbi tertumpu kepada Tobi, Deidara mengambil peluang tersebut untuk menghasilkan satu arca tanah liat; bom berbentuk ikan lalu melemparkannya ke dalam air. Bom tersebut meletup berdekatan dengan muka Sanbi yang sedang mengejar Tobi.
Tidak dijelaskan samada tindakan tersebut menandakan berakhir pertarungan antara Deidara dan juga Sanbi. Pada pengakhirannya, Sanbi telah ditewaskan oleh Deidara (tanpa pertolongan dari Tobi). Mereka kemudian menarik Sanbi untuk dibawa ke tempat persembunyian Akatsuki. Tobi merungut dan memberi cadangan untuk membawa Sanbi yang telah ditewaskan menggunakan jutsu istimewanya tetapi Deidara mempunyai cadangan lain.
Oleh kerana Sanbi telah dikeluarkan daripada hosnya, maka ia telah hilang kebijaksanaannya dan tidak mampu mempergunakan sepenuh kuasanya lalu mengakibatkan kekalahannya. Sanbi yang lemah itu berjaya ditangkap dengan mudah.
Keupayaan Sanbi tidak begitu diketahui kerana tidak banyak tindakan yang dilakukan olehnya terhadap Deidara ataupun Tobi melainkan adegan kejar-mengejar antara Sanbi dengan Tobi. Hanya yang dapat dipastikan adalah ia dapat bergerak laju walaupun mempunyai saiz yang besar; sebagai bukti ia mampu mengikuti kelajuan Tobi yang sedang berlari dipermukaan tasik.
Yonbi: Syaitan Berekor Empat
Rōshi dari Iwagakure sebagai Jinchūriki kepada Sanbi
Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, Yonbi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan Rōshi dari Iwagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, "Yonbi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Rōshi dari Iwagakure
* Kebolehan: Mempunyai kebolehan untuk menghasilkan lava
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Sehingga kini, masih tidak diketahui apakah bentuk atau rupa sebenar "Yonbi. Jinchūriki kepada "Yonbi" iaitu Rōshi iaitu seorang ninja daripada Iwagakure telah ditewaskan oleh ahli Akatsuki iaitu Kisame Hoshigaki sewaktu muncul pertama kali. Kemunculannya hanya sekadar menunjukkan Rōshi sedang diusung oleh Kisame menggunakan pedang besarnya; Samehada setelah berjaya ditewaskan. Tidak terdapat sebarang babak menunjukkan pertarungan di antara mereka. Menurut Kisame lagi, dia mengalami sedikit masalah ketika berhadapan dengan Rōshi kerana berkebolehannya untuk menggunakan suatu teknik khas bagi menghasilkan serangan menggunakan lava panas. Kemudiannya, "Yonbi telah pun diekstrak oleh Akatsuki lalu mengakibatkan kematian kepada hosnya iaitu Rōshi.
Hanya sedikit informasi yang diketahui mengenai Rōshi mahupun bijū yang dimilikinya. Sebagai hos kepada "Yonbi", ia membolehkan Rōshi menggunakan teknik khas iaitu Gaya Lepas Sifat Lava; di mana teknik tersebut jarang sekali dilihat melainkan ianya sejenis kebolehan dari pengguna Kekkei Genkai.
Gobi: Syaitan Berekor Lima
Ninja tidak bernama dari Iwagakure sebagai Jinchūriki kepada Gobi
Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja dari Iwagakure yang tidak diketahui namanya. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Ninja tidak diketahui namanya dari Iwagakure
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tidak terdapat sebarang informasi mengenai apakah bentuk atau rupa asal bijū ini melainkan informasi mengenai kejayaan penangkapannya oleh Akatsuki. Begitu juga dengan informasi dan status jinchūriki yang memilikinya, melainkan yang hanya dapat diketahui adalah asal ninja tersebut; iaitu ninja dari Iwagakure. Berkemungkinan ninja tersebut memiliki keupayaan untuk menggunakan teknik "Gaya Lepas Sifat Tanah" seperti kebanyakan ninja dari Iwagakure.
Mengenai status jinchūrikinya pula, berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluark
Rokubi: Syaitan Berekor Enam
Jinchūriki tidak bernama ini pernah menjadi hos kepada Rokubi
Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, Rokubi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya. Setakat ini, masih tiada lagi informasi mengenai bijū tersebut mahupun mengenai hosnya. Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, "Rokubi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* * Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.
Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Rokubi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
Nanabi: Syaitan Berekor Tujuh
Jinchūriki wanita tidak bernama dari Takigakure ini pernah menjadi hos kepada Nanabi
Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya. . Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Sseorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya.
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.
Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Nanabi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
Langganan:
Postingan (Atom)