Selasa, 29 September 2009



Shukaku Berekor Satu
Shukaku Berekor Satu - (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
Gaara - Jinchūriki kepada Shukaku

Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku") atau Shukaku Negara Pasir (砂の守鶴, "Suna no Shukaku") adalah haiwan syaitan yang menyerupai tanuki yang mampu mengawal pasir dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Gaara dari Sunagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

* Nama: Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tanuki
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Gaara dan dua orang ninja Suna
* Kebolehan: Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"), Pertahanan Mutlak Pasir (砂の盾, "Suna no Tate")
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki

PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.

Tanuki, (狸) adalah sejenis spesis anjing (menyerupai rupa seekor musang) yang boleh dijumpai di Jepun. Tanuki sangat popular oleh kerana sikap semulajadinya dan kebolehannya untuk berubah bentuk (meniru bentuk sesuatu) selain membawa tuah. Terdapat beberapa bentuk jalan cerita mengenai tanuki. Salah satu daripadanya ialah dongeng Bunbuku Chagama, di mana tanuki telah dikurung di dalam sebuah kendi dan dimasukkan ke dalam tubuh hos pertama. Di dalam siri Naruto, dinyatakan bahawa bukan hanya satu hos telah disatukan dengan Shukaku. Sesetengah dongeng mengatakan cerita mengenai seorang sami telah dikurung dalam kendi (sebenarnya adalah tanuki yang sedang menyamar) dan ini dapat dikaitkan dengan siri Naruto di mana; pernah dinyatakan dalam bahagian awal siri ini bahawa Shukaku adalah seorang sami dari kampung pasir yang telah terpesong. Ada yang mengatakan bahawa Shukaku sebenarnya adalah terbentuk daripada roh atau jiwa seorang sami dari Sunagakure yang telah bertukar jahat. Namun, pada hakikatnya ia hanyalah "Makhluk Syaitan Berekor Satu". Pada asalnya, ia telah dikurung di dalam sebuah kendi besar dan kemudian telah disatukan dengan seorang korban manusia. Apabila Karura, iaitu isteri kepada Kazekage Keempat sedang mengandung, beliau telah mengarahkan Chiyo, untuk melakukan upacara menyatukan Shukaku dengan Gaara yang masih di dalam kandungan. Tetapi, dengan syarat ianya mesti dikeluarkan daripada badan korban manusia yang sebelumnya. Sebelum mengalami kematian akibat melahirkan Gaara, Karura telah menyumpah semua penduduk Sunagakure termasuklah suaminya iaitu Kazekage Keempat di atas apa yang mereka lakukan.

Semasa terlibat dengan cubaan menakluki Konoha, Gaara telah bertukar kepada "bentuk lengkap Shukaku" ketika sedang bertarung dengan Naruto Uzumaki, yang kemudiannya menyeru Gamabunta untuk membantunya. Apabila Gaara muncul dan mendedahkan dirinya di atas kepala Shukaku untuk menggunakan Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu"), Shukaku telah dapat menguasai tubuhnya dengan bebas dan bertarung dengan Naruto dan Gamabunta. Kuasa yang digunakan oleh Shukaku ternyata terlalu kuat untuk ditangani oleh Gamabunta. Lalu, kedua-dua Naruto dan Gambunta menggunakan Teknik Gabungan (コンビ変化, "Konbi Henge") lalu bertukar rupa menjadi bentuk Kyūbi. Ini membolehkan Gamabunta untuk menangkap Shukaku, lalu membolehkan Naruto menyerang Gaara dengan tujuan untuk membangunkannya daripada tidur agar "Teknik Tidur Paksaan" akan terbatal. Apabila Gaara terjaga, didapati kuasa Shukaku semakin berkurangan lalu hilang.

Di dalam siri Naruto: Shippūden, Deidara telah diberikan tugas untuk menangkap Gaara oleh Akatsuki bersama dengan Sasori. Apabila menewaskan Gaara dalam satu pertarungan, Deidara pun membawanya ke tempat persembunyian Akatsuki. Di situ, Shukaku telah dipaksa keluar daripada tubuh Gaara menggunakan satu teknik kuncian larangan, Teknik Kuncian Khas (封印術, "Fūinjutsu") yang dipanggil Teknik Kuncian Naga Berkepala Sembilan (封印術・幻龍九封尽,"Genryū Kyū Fūjin"), kemudiannya mengakibatkan kematian Gaara. Namun, Gaara telah berjaya diselamatkan dengan bantuan oleh Chiyo dan ninja-ninja daripada Konoha; Kumpulan Kakashi dan Kumpulan Gai). Namun, ianya sudah terlambat kerana Gaara telah mati akibat daripada Shukaku yang telah dikeluarkan daripada badannya. Chiyo kemudiannya telah menggunakan satu teknik larangan iaitu Teknik Hidup Semula (己生転生, "Kishō Tensei") untuk menghidupkan semula Gaara. Keupayaan Gaara untuk memanipulasi pasir menggunakan chakranya masih dapat dilihat namun tidak diketahui sama ada keupayaannya (terkini) sama dengan keupayaannya ketika Gaara masih memiliki Shukaku di dalam badannya.

Sebagai hos kepada Shukaku, Gaara memiliki keupayaan untuk memanipulasikan pasir mengikut kehendaknya dan seringkali dilindungi oleh Pertahanan Pasir (砂の鎧, "Suna no Yoroi") dengan sendirinya (turut berlaku walaupun kecederaan tersebut cuba dilakukan oleh Gaara sendiri). Pasir ini adalah pasir yang terdapat di dalam kendi yang dibawa olehnya. Gaara juga mengalami kesan insomnia sepanjang hayat oleh kerana kesan sampingan akibat menjadi hos kepada Shukaku. Sekiranya tertidur, personaliti Gaara akan dikuasai oleh Shukaku, mengakibatkan Gaara menjadi seorang yang bengis dan sukakan kepada pembunuhan. Shukaku mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan pasir agar dapat melindungi tubuh Gaara daripada kecederaan dan ini berlaku secara automatik. Shukaku sedar bahawa jika Gaara mati, ia juga akan turut mati. Ketika dalam keadaan marah atau dahagakan darah, Gaara boleh menggunakan pasir yang berada di dalam kendi yang dibawanya untuk berubah kepada bentuk "mini-Shukaku" ataupun mencipta salinan raksasa tubuh Shukaku. Hanya ketika Gaara berubah kepada bentuk lengkap Shukaku, dia akan dapat menggunakan element angin yang dimiliki oleh Shukaku seperti; Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"). Gaara juga boleh membiarkan Shukaku mengambil alih "bentuk lengkap Shukaku" yang dicipta oleh Gaara dengan cara berpura-pura "menidurkan" dirinya menggunakan satu teknik khas; Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu").

Shukaku mempunyai kepintaran namun bersikap tidak stabil terutamanya dari segi emosi dan ini sangat tipikal dengan ciri-ciri tanuki di dalam cerita rakyat di Jepun. Perkataan "Shukaku" itu sendiri bermaksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti "makhluk syaitan berekor" yang lain, rasa dahagakan kemusnahan dan memiliki kemarahan yang tinggi mempengaruhi tingkahlakunya; ia akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan matanya. Kadangkala Gaara mempunyai cara untuk mengawal situasi sedemikian, namun kebanyakan ketika Shukaku memaksanya. Oleh kerana Gaara telah disatukan dengan Shukaku sebelum kelahirannya, berkemungkinan keupayaannya sebagai jinchūriki telah bersatu dengan keupayaan asalnya. Namun begitu, adalah tidak dapat dipastikan sama ada kebolehan Gaara untuk memanipulasikan pasir dan elemen angin disebabkan oleh chakranya sendiri atau daripada chakra Shukaku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar