Jumat, 25 September 2009
Nekomata Berekor Dua
Nekomata Berekor Dua - (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata")
Yugito Nii - Jinchūriki kepada Nekomata
Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kucing berekor dua yang mampu menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii dari Kumogakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
* Nama: Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Nekomata
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Yugito Nii
* Kebolehan: Menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kucing adalah spesis haiwan yang biasa dijumpai di dunia dan kisah mengenai bakeneko (化け猫, "Kucing Gergasi") adalah sangat popular di Jepun. Di dalam lagenda,Nekomata (猫俣, "Kucing Hantu") adalah dinyatakan bahawa ianya adalah sejenis kucing yang tersangat tua yang memiliki ekor yang terpisah kepada dua bahagian (yakni mempunyai dua ekor). Mempunyai saiz yang agak besar dan kucing ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan orang yang telah mati serta dikaitkan dengan sejenis api yang pelik. Ini mungkin dapat dikaitkan dengan cerita mengenai ikiryō (生霊, "Kucing hantu") dan kebolehannya untuk emnghasilkan api.
Sebaik sahaja diperkenalkan, Yugito telah ditangkap oleh dua anggota Akatsuki; Hidan dan Kakuzu walaupun pada hakikatnya tidak diketahui siapakah yang telah ditugaskan untuk melakukan penangkapan. Walaupun Yugito memerangkap pihak lawannya di dalam sebuah tempat bertutup (seperti keadaan sebuah pembentungan) dan berubah kepada bentuk "kucing syaitan", dia masih lagi dapat ditewaskan oleh kedua-dua anggota Akatsuki tersebut. Zetsu kemudiannya telah tiba dan membawa Yugito yang mengalami cedera parah ke tempat persembunyian Akatsuki. Yugito kemudiannya mati kerana bijū di dalam badannya telah dikeluarkan.
Sebagai hos kepada "kucing syaitan", Yugito mempunyai kebolehan untuk berubah kepada bentuk "mini-Nekomata" yang kemudiannya memberikannya kekuatan dan keupayaan untuk menyemburkan api dari mulutnya dan seluruh tubuhnya tanpa kehilangan kawalan terhadap tubuhnya sendiri. Nama samaran "kucing syaitan" membawa ingatan kepada keupayaannya untuk memanipulasikan orang yang telah mati.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar