Jumat, 25 September 2009



Hachibi: Syaitan Berekor Lapan
Hachibi; Syaitan Berekor Lapan - (八尾, "Hachibi") yang berupa Ushi-oni
Kirābī; ninja dari Kumogakure selaku jinchūriki kepada "Hachibi"

Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, Hachibi) adalah haiwan syaitan yang menyerupai Ushi-oni yang mampu menghasil bebola chakra berkuasa besar dan telah dimeterai ke dalam badan Kirābī dari Kumogakure. Ia adalah salah satu daripada dua bijū yang masih gagal ditangkap oleh Akatsuki.

* Nama: Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, "Hachibi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Ushi-oni
* Jinchūriki: Kirābī atau "Killer-Bee" dari Kumogakure
* Kebolehan: Menghasilkan bebola chakra padat berkuasa besar
* Status: Aktif

PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.

"Ushi-oni" (牛鬼, "Lembu Syaitan") adalah haiwan syaitan yang terdapat dalam dongeng Jepun. "Ushi-oni" digambarkan sebagai seekor raksasa laut yang ganas yang berbadan seperti lembu tetapi memiliki lapan tentakel seperti sotong di bahagian bawah badannya. Ia tinggal berhampiran perairan Jepun dan sering menyerang nelayan yang keluar ke laut. "Ushi-oni" dikatakan salah satu simbol perlindungan menurut perayaan Ushi-oni-matsuri yang sering disambut pada lewat bulan Julai di Uwajima, di daerah Ehime.

"Hachibi" adalah salah satu daripada dua ekor bijū yang masih belum berjaya ditangkap oleh Akatsuki; selain Kyūbi yang dimiliki oleh Uzumaki Naruto.

Apabila Pasukan Helang tiba di Kumogakure dalam percubaan mereka untuk menangkap Kirābi atau "Killer-Bee", Kirābi telah menggunakan kebolehannya yang dapat mengawal kuasa bijūnya secara sepenuh lalu bertukar kepada bentuk lengkap "Hachibi". Kirābi telah menyebabkan Pasukan Helang berada dalam keadaan yang kelam-kabut di mana seorang demi seorang ahli pasukan tersebut ditewaskan. Ketika bertarung dengan Suigetsu yang menggunakan kelebihan bertarung berhampiran dengan sebuah tasik (Suigetsu mampu menggunakan "Gaya Lepas Sifat Air"), Kirābi telah menghasilkan sebuah bebola chakra padat yang berkuasa tinggi untuk menyerang Suigetsu, mengakibatkan kekalahannya.

Kemudian pertarungan diteruskan dengan Uchiha Sasuke mengaktifkan Mangekyou Sharingan miliknya untuk melancarkan teknik Amaterasu lalu mengahasilkan bara api berwarna hitam menyelubungi Kirābi mengakibatkannya mengerang kesakitan. Kirābi kemudiannya "seakan-akan" telah ditangkap oleh Pasukan Helang lalu diberikan kepada Madara Uchiha. Setelah mengetahui kejadian itu, Raikage iaitu abang kepada Kirābi telah berjanji bahawa Akatsuki akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap adiknya.

Namun, pada pengakhiran pertembungan tersebut, didapati Kirābi telah memalsukan kekalahannya. Setelah Pasukan Helang beredar, Kirābi dan "Hachibi" telah keluar dan meninggalkan tasik tersebut lalu bergegas ke tempat Sabu, ketua kepada Ninja Enka. Ketika itu juga, "Hachibi" telah menasihati Kirābi agar berhenti daripada melakukan rap.

Tidak banyak informasi yang dapat diketahui tentang kebolehan sebenar "Hachibi". Sebagai hos kepada "Hachibi", Kirābī mampu berubah bentuk kepada bentuk lengkap "Hachibi" dan menggunakan kuasa sepenuh bijū yang dimilikinya tanpa hilang kawalan kepada badannya sendiri. Kirābī mampu menghasilkan bebola chakra berkepadatan tinggi yang berkuasa besar (berkemungkinan mempunyai kuasa yang hampir sama ketika Naruto berubah kepada bentuk "Kyūbi berekor Empat" ketika bertarung dengan Orochimaru).

Kirābī juga mampu menggunakan chakra yang dimiliki oleh "Hachibi" untuk membatalkan kesan teknik ilusi; walaupun daripada kesan ilusi pemilik Mangekyou Sharingan.

Kirābī dan "Hachibi" didapati dapat berbual di antara satu dengan yang lain dalam keadaaan yang lebih tenang berbanding apa yang berlaku di antara perbualan Naruto dan Kyūbi. Contohnya; perbualan Naruto dan Kyūbi berlatar belakangkan sebuah tempat yang gelap (seakan-akan sebuah pembentungan) di mana terdapatnya sebuah pagar gergasi yang dilekatkan dengan jampi kurungan untuk memisahkan Naruto dan Kyūbi ketika mereka berbual. Bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada Kirābī dan "Hachibi" di mana Kirābī mampu berbual dengan tenang sambil mendengar lagu. "Hachibi" juga sering mengadu apabila Kirābī menyanyi rap dan menasihatinya agar segera berhenti; tidak seperti Kyūbi yang suka memberikan ancaman dan ugutan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar