Jumat, 25 September 2009
Kyubi: Musang Syaitan Berekor Sembilan
Musang Syaitan Berekor Sembilan - (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko"
Naruto selaku jinchūriki kepada "Kyūbi"
Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor musang dan dikatakan adalah haiwan syaitan yang terkuat daripada sembilan ekor bijū yang wujud dalam siri Naruto; di mana hanya satu hayunan daripada salah satu ekornya akan dapat mengakibatkan tsunami dan mampu meratakan gunung-ganang. Ketika Kyūbi menyerang Konohagakure, ia telah ditewaskan oleh Minato Namikaze, atau Hokage Keempat lalu dikurung ke dalam badan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan iaitu Naruto Uzumaki menggunakan teknik kurungan khas dipanggil Teknik Kurungan Dewa Maut (屍鬼封尽, "Shiki Fūjin"). Bagaimanapun, nyawa Hokage Keempat telah tergadai dalam proses tersebut.
* Nama: Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Musang
* Jinchūriki: Uzumaki Naruto
* Kebolehan: Kekuatan yang besar dan chakra yang tidak kehabisan
* Status: Aktif
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kitsune (狐, "musang") adalah satu karekter yang diketahui ramai dalam dongeng Jepun menjadi pengaruh kepada bukan hanya "Musang Syaitan" tetapi juga kepada beberapa cerita lain dalam kebudayaan Jepun moden. Kitsune gemar bermain dengan tipu helah dan senda kepada manusia dengan cara mengubah dirinya menyerupai wanita cantik dengan tujuan untuk menggoda mana-mana lelaki (ini menjadi inspirasi kepada penciptaan Oiroke no Jutsu (おいろけの術, "Teknik Penggoda")). Kitsune juga merupakan makhluk yang sangat menepati janji, yang mana menurut ciri-ciri yang dimiliki oleh Naruto; mempunyai pegangan tidak mudah memungkiri janji apa yang pernah dikotakannya. Juga dapat diperhatikan bahawa setiap kali Naruto hilang kawalaln dan dikawal oleh pengaruh kuasa Kyūbi, akan muncul "ekor chakra" yang baru satu demi satu. Ini tercipta berdasarkan satu kepercayaan bahawa; semakin banyak ekor yang dimiliki oleh Kitsune, semakin berkuasalah ia di mana jumlah maksimum adalah sembilan eko (berekor sembilan).
Kyūbi adalah satu bentuk bencana semulajadi yang telah wujud sekian lama. Ia mampu wujud dari di tempat yang terdapat banyaknya sifat buruk manusia. Pada masa yang tidak diketahui, Kyūbi pernah bertemu dengan pengasas Puak Uchiha iaitu Madara Uchiha, di mana Madara telah menggunakan Mangekyou Sharingan untuk mengawal kuasa Kyūbi agar dapat digunakan ketika menentang Harashima Senju; iaitu Hokage Pertama demi membalas dendam. Pertarungan tersebut sangat dahsyat sehinggakan ia memusnahkan permukaan bumi lalu membentuk sebuah lebah yang digelar manusia sekarang sebagai Lembah Penamat. Walaupun mampu menggunakan kuasa dan bantuan daripada Kyūbi, namun Madara tetap tewas dalam pertarungan tersebut. Beberapa tahun kemudian, Madara sekali lagi menggunakan kuasa Kyūbi untuk menyerang Konoha (walaupun Madara mengaku bahawa ianya tidak berkaitan dengan dirinya mahupun mana-mana puak Uchiha yang lain) dan mengatakan ianya hanya sekadar suatu kepincangan "kuasa secara semulajadi". Ketika serangan berlaku, Kyūbi telah membunuh ramai ninja yang cuba menghalangnya sehinggalah munculnya Hokage Keempat yang dibantu oleh Gamabunta. Hokage Keempat telah mengadaikan nyawanya untuk mengurung kuasa Kyūbi ke dalam badan seorang bayi yang baru dilahirkan lalu menyebabkan hilangan kawalan oleh Madara. Sejak daripada peristiwa itu, Kyūbi sangat membenci kepada kuasa sharingan dan sesiapa sahaja yang memilikinya. Ia juga turut menyatakan bahawa mata dan chakra Uchiha Sasuke adalah lebih "jahat" berbanding miliknya, kerana ia mengingatkan Kyūbi kepada kuasa milik Madara. Apabila kuasa Kyūbi di dalam badan Naruto ditekan oleh Sasuke, ia telah memberi amaran kepadanya agar jangan membunuh Naruto jika Sasuke tidak mahu mendapat susah di kemudian hari.
Di dalam siri animasi khas, Naruto, Haruno Sakura, Sai dan Yamato telah pergi ke Kuil Api untuk menyiasat misteri kecurian di makam tiga ninja legenda. Ketika sedang melakukan siasatan, mereka berkenalan dengan seorang pemuda bernama Sora; seorang sami muda di kuil tersebut. Setelah jalan cerita animasi tersebut berkembang, ia telah mendedahkan bahawa Sora pernah disatukan dengan saki-baki kuasa Kyūbi yang tertinggal setelah ia melakukan serangan dahulu. Ini menjadikan Sora sebagai Pseudo-Jinchūriki, yang mampu menghasilkan satu selaput kuasa Kyūbi seperti yang dimiliki oleh Naruto.
Kyūbi sebenarnya adalah sejenis makhluk yang ganas dan gemar melakukan kerosakkan. Namun begitu, ia mempunyai akal fikiran yang tajam namun bersikap kurang ajar dan tidak mempunyai rasa hormat. Walaupun begitu, ia mempunyai maruah yang tinggi dan mempunyai rasa rendah diri terhadap Hokage Keempat dan Naruto. Tambahan, kadangkala ia menjadi terlalu bermaruah dan menyebabkan kepada kemarahannya. Ini terbukti apabila Naruto menolak untuk menggunakan bantuan kuasa dari Kyūbi walaupun sebenarnya kemarahan tersebut lebih menunjukkan kepada hilangnya peluang Kyūbi untuk mengawal tubuh Naruto dengan sesuka hati; dengan harapan agar ia dapat melemahkan jampi ikatan yang mengurungnya. Kyūbi pernah berhasrat untuk membunuh Naruto; namun ia tahu bahawa ia perlu membantu Naruto selagi ia masih dikurung atau ia akan mati bersama.
Kyūbi akan bertindak semberono apabila berkaitan dengan keselamatan nyawanya. Ini terbukti apabila Kyūbi cuba memasukkan chakranya ke tubuh Naruto secara paksa apabila Naruto berada dalam keaddan yang menggugat keselamatan dirinya. Namun, Kyūbi akan berhenti melakukan tindakan sedemikian sekiranya Naruto mengancamnya dengan niat membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri.
Kyūbi juga didapati mempunyai niat untuk melepaskan diri. Apabila kali pertama Naruto bertemu semula dengan Sasuke di tempat persembunyian Orochimaru, Kyūbi telah meminta untuk Naruto untuk menanggalkan tanda jampi ikatan agar dia dapat memberikan kuasa sepenuhnya untuk digunakan oleh Naruto. Terdapat penyataan yang memeberitahu bahawa, sekiranya tanda jampi kurungan terlerai atau Naruto terlalu menggunakan kuasa daripada Kyūbi, kuasa ia boleh terlepas daripada badannya. Bagaimanapun, rancangan ini gagal kerana Naruto enggan menggunakan kuasa tersebut dan jelmaan Kyūbi di dalam badan Naruto tidak lagi membuat penampilan terbaru setelah kali terakhir kemunculannya sebelum ditekan oleh kuasa Sasuke.
Ketika naruto melakukan latihan untuk menguasai elemen, Kyūbi telah memaksakan chakranya ke dalam salah satu badan klon bayangan Naruto dengan harapan ia dapat membebaskan diri. Ia cuba mengawal salah satu badan klon Naruto agar ia dapat melepaskan diri dengan sendirinya.
Sebagai hos kepada Kyūbi, Naruto memiliki kebolehan untuk menyembuhkan lukanya dengan dengan sendiri dan dalam kadar penyembuhan yang segera dan cepat, memeberikan akses kepada jumlah chakra yang tidak berpenghujung, kekuatan yang hebat serta kelajuan yang berganda. Ini membolehkan Naruto menggunakan satu jurus yang menjadi "trademark" kepada dirinya iaitu Kage Bunshin No Jutsu (影分身の術, "Teknik Bayang Berganda" dengan jumlah yang banyak. Ini juga mampu membuatkan Naruto dapat menyeru Gamabunta, iaitu sejenis haiwan seruan yang selalunya hanya mampu diseru oleh ninja yang berpangkat Kage kerana ia memerlukan penggunaan chakra yang banyak bergantung kepada saiz makhluk yang diseru.
Naruto selalunya mampu menggunakan kuasa yang banyak ini apabila dia berada dalam keadaan perasaan yang tertekan atau kemarahan yang melampau dan juga dalam situasi yang mengancam nyawanya. Kali pertama ia berlaku, sifat marah Kyūbi menguasai tubuh dan pemikiran Naruto; mengakibatkan dia menyerang membuta tuli tanpa mengira siapa yang berada di hadapannya ketika itu. Kemudian, Naruto mula belajar untuk mengekang kuasa tersebut di mana dia kemudiannya mampu mengekalkan kewarasannya apabila menggunakan kuasa daripada Kyūbi. Ini dapat dilakukan sekiranya Naruto "menekan" chakra Kyūbi dengan chakra dirinya sendiri sambil meninggalkan sedikit chakra untuk penggunaan dirinya. Hatake Kakashi menyatakan satu teori bahawa, dia percaya Naruto mempunyai chakra yang lebih banyak berbanding chakra yang dimiliki oleh Kyūbi. Selepas berlatih dengan Jiraiya, Naruto belajar bagaimana untuk menggunakan kuasa Kyūbi dengan sesuka hatinya. Naruto perlu berada dalam keadaan minda separa-sedar (digambarkan seperti keadaan sebuah pembentungan yang gelap) dan meminta Kyūbi untuk memberikannya kuasa atau menurut Naruto "meminjamkan" kuasa kepadanya. Selalunya Kyūbi hanya memberikan sahaja kuasanya kepada Naruto kerana ia berasa kagum dengan keberanian Naruto. Ia juga tahu, sekiranya Naruto mati, ia juga akan turut mati.
Naruto dalam bentuk "Kyūbi berekor Empat"
Hokage Ketiga dan Kakashi pernah berkata bahawa, sekiranya Naruto hilang kawalan kepada kuasa Kyūbi ia akan menyebabkan jampi kurungan yang mengunci Kyūbi akan terlerai dan menyebabkan ia terlepas. Walaupun tanggapan bahawa tanda jampi kurungan tersebut tidak mungkin terlerai dengan sendirinya, namun kemungkinan ia boleh berlaku adalah tinggi kerana naruto sering menggunakan kuasa daripada Kyūbi. Ketika sedang berlatih dengan Jiraiya, dia tidak sengaja menyebabkan Naruto menjelma kepada bentuk "Musang Syaitan Berekor Empat". Jiraiya berpendapat bahawa berkemungkinan kuasa tanda jampi kurungan tersebut semakin berkurangan mengikut peredaran masa. Ini ditunjukkan dengan beberapa siri perubahan Naruto kepada bentuk tersebut dengan kadar yang lebih cepat dan lebih dahsyat berbanding sebelumnya. Seperti yang dilihat ketika sesi latihan Naruto, walaupun hanya dengan sedikit rasa kecewa ditunjukkan oleh Naruto, ia mampu menyebabkan kuasa Kyūbi terlepas keluar dan menyebabkan Naruto emnjelma kepada bentuk tersebut.
Kuasa Kyūbi tidak boleh dikawal dengan menggunakan Mangekyou Sharingan ketika ia masih berada di dalam badan Naruto. Walaupun begitu, pengguna Sharingan yang bagus mampu menekan kuasa Kyūbi (seperti yang dilakukan oleh Sasuke). Kuasa Kyūbi tersebut juga turut emnolak Fukasaku ketika dia cuba bersatu dengan Naruto ketika sedang melakukan latihan Senjutsu (berkemungkinan dapat disimpulkan bahawa Kyūbi tidak mahu mempunyai sebarang pilihan selain menggunakan kuasa miliknya).
Jiraiya kemudiannya menjelaskan bahawa penjelmaan Naruto kepada bentuk "Musang Syaitan Berekor Empat"' adalah berpunca daripadanya ketika dia cuba menggunakan sejenis kuncian yang hampir sama bentuk dengan jampi kurungan yang mengunci Kyūbi yang berada di perut Naruto. Jiraiya cuba mengunci sedikit kuasa tersebut, namun ia berlaku sebaliknya sehinggalah kuasa tersebut mengambil alih tubuh Naruto dan menyebabkan penjelmaan tersebut. Jiraiya juga menyatakan bahawa, Hokage keempat telah memisahkan kuasa tersebut kepada dua bahagian iaitu; Yin sebagai kuasa yang tidak dapat digunakan oleh Naruto dan Yang sebagai kuasa yang boleh dimanipulasikan oleh Naruto.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar